Syurga lelaki pada perempuan yaitu IBU
Syurga perempuan pada lelaki yaitu suami.
Sehebat-hebat suami harus patuh pada ibu.
Sehebat-hebat ibu harus patuh pada suami.
Masa hidup anak perlukan doa ibu bapak.
Masa mati
ibu bapak perlukan doa anak.
Di dunia nasab itu pada lelaki.
Di akhirat nasab itu pada perempuan.
Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap perlu orang lain untuk kebumikan jenazahnya.
Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada.
Dia tetap perlu belajar daripada seorang guru.
Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara.
Pasti yang dirindu adalah keluarga
Walau sekaya mana pun seorang manusia.
Dia tetap perlu untuk berurusan dengan orang lain...
Seorang General Manager tidak akan mampu uruskan perjalanan premis tanpa general worker.
Seorang raja tidak berkuasa tanpa ada rakyat jelata.
Inilah manusia... Lemah.
Walau sehebat mana pun kita di dunia.
Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi.
Taraf kita hanya seorang "Hamba".
Lalu kenapa mahu rasakan
kita adalah yang
terbaik
dan terhebat???
Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak, sombong dan hina.
Ingatlah wahai diri ku
dan yang sedang membaca.
Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat... sombong dan merasa dia lebih baik.