Emas berkata pada tanah " Cuba kau lihat pada diri kau tanah, suram dan lemah... Adakah kau memiliki cahaya berkilau seperti aku emas? Apakah kau berharga seperti aku? "
Tanah menggelengkan kepala dan menjawab " Aku tanah boleh menumbuhkan buah dan bunga, boleh menumbuhkan rumput dan pohon, boleh menumbuhkan tanaman dan banyak lagi.. Boleh kau emas buat semua itu? " Emas terdiam seribu bahasa..!!
Dalam hidup ni ada ramai yg seperti emas... Berharga, menyilau tapi tidak beri manfaat pada orang lain.. Berjaya dalam karier, mempunyai rupa paras yg cantik, tapi susah untuk ambil berat dan membantu orang lain...
Ada juga yang seperti tanah... Biasa sahaja tapi suka membantu orang lain tak kira siapa pun...
Maknanya kehidupan bukan bergantung pada berapa bernilainya diri kita... Tetapi berapa manfaat yg kita beri pada orang lain dan masyarakat...
Renung-renungkan ..